Friday, 11 October 2013

Cara Mematikan Bunyi Kamera Samsung Smartphone

Seperkara yang menjadi rungutan bagi kebanyakan pengguna Android smartphone adalah bunyi shutter yang dihasilkan setiap kali menggunakan aplikasi kamera untuk mengambil gambar. Lebih – lebih lagi, kebanyakan Android smartphone tidak didatangkan dengan sebarang menu atau button untuk enable atau disable shutter sound tersebut secara terus menerusi aplikasi kamera.
Personallyshutter sound ini cukup merimaskan dan mengganggu.
Oleh yang demikian, di bawah ini saya akan kongsikan satu aplikasi dan tips yang boleh digunakan untuk mematikan bunyi kamera samsung smartphone.

Cara Mematikan Bunyi Kamera Samsung Smartphone

Cara Pertama – Volume Key

  • Cara paling basic, mudah, dan tidak perlukan root akses. Pengguna Androidsmartphone boleh mematikan shutter sound dengan menggunakan butang volume key. Tekan volume key (down) ke tahap yang paling minimum.

Cara Kedua – Menukar @ Padam fail shutter.ogg

NOTA : Perlukan root akses.
  • Gunakan aplikasi seperti ES File Explorer atau Root Explorer
  • Skrol ke /system/media/audio/ui/
  • Cari fail shutter.ogg
  • Rename atau Delete fail shutter.ogg (buat backup terlebih dahulu)

Cara Ketiga – Aplikasi Note 2 Hidden Settings

NOTA : Perlukan root akses.
  • Aplikasi Note 2 Hidden Settings ini adalah cara terbaik. Aplikasi ini akan memberikan akses kepada kebanyakan fungsi yang selama ini disorok daripada pengguna.
  • Selain daripada kepelbagaian fungsi kamera yang boleh diuabahsuai, pengguna turut diberikan akses untuk mengubah fungsi keyboard, browser, contact dan sebagainya.
  • Hasil daripada eksperimen, aplikasi ini berfungsi dengan baik di Samsung Galaxy S3(I9300) dan Galaxy S4 (I9500). Rujuk contoh screenshot di bawah.
Galaxy Note 2 Hidden Setting
  • Shutter Sound Added
Shutter Sound Button

No comments:

Post a Comment