Friday 11 October 2013

Aplikasi Internet Speed Master Meningkatkan Kelajuan 3G, 4G dan WiFi Di Peranti Android

Salah satu daripada kegunaan utama smartphone adalah untuk browse internet. Walau bagaimanapun, tabiat ini kadang – kadang dihalang oleh kemampuan peranti dan pakej internet yang dibekalkan oleh pihak service provider. Peluang untuk penambahbaikan sentiasa terbuka untuk memberikan yang terbaik kepada pengguna. Oleh yang demikian, aplikasi percuma seperti Internet Speed Master mampu memberikan perubahan kepada pengguna.

Internet Speed Master

Aplikasi Internet Speed Master mampu mengoptimumkan kelajuan dan prestasi 3G, 4G atau Wi-Fi di peranti Android dengan cukup mudah hanya dengan menekan satu butang sahaja. Aplikasi ini akan mengubah beberapa fail sistem yang berkaitan dengan konfigurasi TCP / IP untuk memberikan kelajuan internet yang optimum.
Internet Speed MasterApa yang menarik dengan aplikasi Internet Speed Master ialah :
  • Aplikasi percuma
  • Boleh digunakan oleh pengguna root dan unrooted smartphone ( kesan yang lebih baik ke atas rooted phone)

Personal Thought

Internet Speed Master
Personally, saya sendiri menggunakan aplikasi ini di peranti S3 dan S4. Tidak terdapat sebarang perubahan yang ketara boleh saya nyatakan. Walau bagaimanapun, setelah menggunakannya memang terdapat sedikit perbezaan ketika browsing. Loading timesesebuah laman web lebih cepat berbanding sebelumnya.
Selain dari itu, aplikasi ini turut mendapat banyak review yang positif dari pengguna diGoogle Play.
Untuk pengguna Android, saya sarankan agar anda menggunakan aplikasi ini.
NOTA : Keberkesanan aplikasi Internet Speed Master turut bergantung kepada data plantransfer rate pembekal internet yang anda gunakan dan faktor – faktor persekitaran yang lain.

No comments:

Post a Comment